Tuesday, July 1, 2014

The Law Gambles



ANGGOTA/PEGAWAI POLIS LEKA BERMAIN JUDI - Part 1
Dua individu yang sedang bermain judi siber ini merupakan anggota polis di Melaka. Seorang merupakan anggota polis biasa Bahagian Narkotik IPD Melaka Tengah, manakala seorang lagi merupakan pegawai polis dari IPK Melaka.
Gambar kedua anggota polis ini diambil sendiri oleh Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan ketika mereka sedang leka bermain judi di salah sebuah pusat perjudian di Semabok, Melaka.
Selain berjudi, mereka juga tanpa segan silu menghisap rokok dan makan di dalam bulan Ramadhan.
Anggota polis terlibat dengan gejala perjudian bukan menjadi rahsia lagi. Justeru itu, tidak hairanlah pusat-pusat perjudian sukar untuk diserbu oleh pihak berkuasa. Selalunya maklumat berkaitan serbuan sudah dibocorkan lebih awal oleh “informer” orang dalam PDRM sendiri kepada tauke-tauke pusat perjudian. Siapa lagi informer tersebut kalau bukan kaki judi dari kalangan anggota polis sendiri.
MyWatch memohon penjelasan mengenai perkara ini daripada Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Melaka dan menggesa tindakan yang sewajarnya diambil terhadap anggota polis yang terlibat dengan gejala perjudian.

No comments:

RM1 billion takeover of KKMart coming soon.

  Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...