Sunday, August 10, 2014

Now the real show begins

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.


Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengat penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini,  dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Very Sad Day for All Malaysians

  High Court dismisses durian farmers’ judicial review application THERE IS NO JUSTICE WHEN IT COMES TO OUR RIGHTS. IN MALAYSIA ONE CANNOT W...